Tuesday 10 May 2016

My 29th Birthday.

Assalamualaikum...
Bonjour!
Haish... Makin hari makin teruk lak aku ni. Update pon setahun sekali ja. Bukan apa, sekarang ni sibuk tu mengalahkan Perdana Menteri Congo dah aku ni. Sejak nak masuk 3 series ni, aku rasa malaih nk celebrate birthday. Dah masuk usia remaja purba ni, hormon pun dah mai macam makcik-makcik dah. Tu pon belum berlaki lagi. Berlaki nanti taktau la macam mana perangai aku ni. Haishhh... Keja nak mengeluh ja. Hahaha.

So, 4 Mei ritu merupakan ulangtahun hari lahir aku yang ke 29 tahun. Nak kata happy tu takdak la sangat, nak kata sedih pon takdak la sedih sangat. Biasa-biasa ja. Cuma mengharapkan hari tu takdak masalah dan musibah. Setiap hari ada ja musibah dok mai kt aku. Pagi-pagi lepas mandi, ada hadiah atas katil. Terperanjat iolls. Mak yang kasi. So sweet hadiah mak. Dia bagi hadiah miniature Eiffel Tower. Dia memang tau la anak dara tua dia ni hantu Eiffel Tower. Yang best tu, ada bola disco lak dalam tu. Bila goncang-goncang kuaq la lampu-lampu disco. Disebabkan nk sembahyang subuh, maka aku lupakan hasrat aku nak berjoget-joget. Haha. 


Ingatkan hari tu hari tenang-tenang. Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan juga di tengahari. Betul ke pepatah ni? Errr... Krik Krik Krik.

Lepas naik dari mesyuarat...

OPOCOT!!!

Terkejut kak tipah ada kek ataih meja.



Abaikan ruang kerja yang macam tongkang pecah iteww

yeayyy...dapat kek dengan hadiah!

Meet the mastermind, Safarina Mat Sani.

With Partner in crime.



Aku pegang kek, aku gak kena snap. Aduhh


Kawan-kawan bagi.


Terharu kot. Ingatkan di usia senja-senja ni takdak dah sambutan. (Senja la sangat!) Terima kasih Safarina Mat Sani Kekasih lama, Norfadhillah Abu Hassan, Musfirah Mustafa, Ain Nayan & Ateeya Hashim. Depa bukan saja opismate, tapi best friend forever and everrrrrr yang overrr. Hahaha. Terima kasih jugak ibunda tercinta, Rozilah Aziz. Nanti stress boleh la joget2 dengan bola disco tu. Ngeeeee.

Terima kasih Allah bagi peluang untuk ke 29 tahun ini. 


Happy 29th of me.
Jusque là