Monday 16 January 2012

SELAMAT HARI LAHIR YANG SETAHUN, ADAM DARWISY!

Assalamualaikum.


Hari ni 16 Januari 2012 bersamaan 22 Safar 1433 Hijrah, genaplah umo setahun Adam si gendut ku itu. Hahaha... Ingatkan nak sambut kat KFC, tapi last minute tak jadi disebabkan hal-hal yang tidak boleh dielakkan. So, kitaorg buat keputusan nak sambut ka rumah je. Abahnya nak beli kek n nanny beli KFC. Actually, kami sambut awal bday si gendut ni sebab isnin kami semua tak dak masa. Parent dia keja n kami semua keja. So kmi sambut la awal sehari. Kebetulan semua ada kat umah.

Ini la kek Adam.




 Tengok la muka dia yang terlebih-lebih excited nih.

Masa untuk potong kek.



Kembang kempis lobang hidung dia masa potong kek ni. Hahaha..

Sebenarnya budak kecik ni takleh berjalan lg.. boleh berdiri kejap-kejap ye. Hahaha...


Dinding yang kotor kat sebelah tu dia punya keja la. Hahaha... Tengokla, sekali makan peha ayam spicy punya. Nak pegang ayam pon tak larat ni. Hihi... Padahal nak suh dia eksyen je pegang ayam. Tapi dia boleh gigit-gigit paha ayam tu. Hehehe... Actually, pose ni sama dengan pose abahnya yang merangkap abang saya, masa sambut birthday yang setahun. Masa tu pon abg i takleh berdiri gak tapi sandar kat dinding sambil pegang peha KFC. Tapi pic tu pulak ada kat Jitra. :(


p/s: i tak beli hadiah lg untuk si kecik ni lg. Tak taw nak beli apa lg. Hmmm... (-.-")


Jusque là.

Friday 13 January 2012

Le Mariage...

Assalammualaikum.

Bonjour. Selamat hari jumaat. (^_^)

Moi: Mak, Rifhan nak kahwin dah mak... Tak sangka pulak. Ingat kami-kami dulu. Hahaha...
Mak:   Hang muda lagi. Tak pa la dia nak kahwin.
Moi: Mak, Rifhan sama umoq dengan kak la.
Mak:   Laaa...bukan hang baru 20 tahun ka?
Moi: Mak! Kak dah 24 tahun la!
Mak: (Dengan muka yang penuh kejutan budaya) Laaa..hang dah 24 ka? Ingat 20 tahun. Tak sangka dah tua dah.
Moi: ...... (-.-) [Mak yang sangat prihatin. Terima kaseh mak!]
p/s: Moi = Saya

Sejak kebelakangan ni ramai sedara-sedara and kawan-kawan tanya bila nak kahwin. Maklumlah, umoq dah makin lanjut. Kalau zaman mak i ni dah ada 3 anak dah. Kadang-kadang mak pun terkejut umoq sebenar i. Walaupun kami ni tinggal serumah. Nampak sangat muka i baby face. Huahua... Back to topic. Sebenarnya memang la nak kahwin. Tifuu la kalau cakap tanak kahwin khenn. Tapi setiap orang ada target yang tersendiri yang ingin dicapai sebelum kahwin. Termasuk jugak dengan i. Kalau boleh esok, lusa nak kahwin dah. Bukan apa, seronok nak dress up cantik, dilayan bagai diraja kayangan takpun tak sabar nak bersama-sama dengan yang tersayang. Tapi i ada beberapa target yang i nak capai sebelum i rasa layak nak jadi isteri dan menantu yang baik. Here, I list down some things that i need to do or be before becoming someone's wife:

1. Mendalami ilmu agama.
Sebagai manusia biasa ni, kita tidak sempurna. Walaupun beragama tidak semestinya kita ni dah cukup ilmu agama. Mesti ada perkara yang masih perlu kita pelajari. Tambah pulak nak jadi isteri orang ni. Mesti la nak jadi isteri solehah untuk suami. Me, i nak jadi isteri, ibu dan anak solehah. Boleh ke? InsyaAllah...

2. Belajar memasak.
Sebenarnya bukan tak tahu memasak. Tapi tau masak yang basic je la. Kalau boleh nak belajar masak semua makanan. Nanti tak de la jemu makan benda yang sama. Sekali sekala nak jugak try masak western ka masakan arab ka baru la mencabar. Boleh bukak bisnes. Huahua...  (Lari topik pulak.)

3. Belajar menerima kelemahan dan belajar mengalah.
Jujur sejujurnya, saya ni susah nak mengalah. Dulu cita-cita nak jadi lawyer tapi kecundang di tengah laut. Kalau bergaduh, i kena menang jugak. Ego pon tinggi. Salah pun i nak menang jugak. Takleh mengalah langsung la. Hahaha..teruk kan? Camtu jugak kelemahan orang lain esspecially 'teman yang rapat' tu la. Dulu masa ada bf, dia penah confess sesuatu masa zaman silam dia. Automatik, i terus berpura-pura lost contact. So, i harap i dapat terima dan redho jodoh i nanti dengan seadanya.. InsyaAllah...

4. Belajar menerima individu-individu lain yang penting dalam hidup pasangan.
Maksud menerima individu-individu lain contoh macam family. Bukan kekasih gelap pasangan ye atau lebih dikenali ORANG KETIGA. Neva eva ok. Melalui pemerhatian sepanjang 24 tahun ni la, ramai yang lebih menerima pasangan sahaja. Ibubapa dan family lain tolak tepi. Kalau boleh, i tanak macam tu. I nak jadi isteri dan anak solehah. So, i nak my husband jugak jadi anak solehah. I tanak merungut or menolak bila diperlukan untuk menjaga mentua bila sakit. I nak jadi orang pertama yang tawarkan diri sendiri untuk jaga dorang bila dorang sakit. Yela la kan, anak lelaki ni tanggungjawab dengan ibu takkan pernah habis. Nanti bila kita di tempat dorang apa perasaan kita bila anak kita sendiri tanak jaga kita. Mesti maki hamun kan? Sekarang ni kalau tengok drama, bila mentua nak datang macam masalah besar nak datang kan? Macam negatif sangat dorang ni. So, i nak sentiasa positif. Lagipun bukan selama-lamanya dorang hidup kat dunia ni. Apa salahnya kita treat dorang dengan baik sementara dorang masih hidup. Tak salah kan? Harap-harap i pon jadi macam tu. Aminn..

6. Menjadi fleksibel.
Bila kahwin nanti kalau boleh i tanak la berhenti kerja. Sekarang ni semua perlukan duit. Tak tau lagi masa-masa yang akan datang. Mesti barang-barang mahal nak belanja. Lain lah kalau kahwin dengan Dato' or Tan Sri or Putera Raja. Walaupun bekerja, i tanak la abaikan family. I nak jadi fleksibel. I nak jadi pekerja yang amanah dan isteri yang baik. Macam susah ja nak buat kan? Apapun back to the only One, Allah SWT.

Harap-harap apa yang diinginkan sebelum i kahwin i dapat capai apa yang i harapkan ni. Walaupun bukan semua tu, at least setengah apa yang i listed kan td. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan apa yang kita rancang ni ye.


credit: Harian Metro


Jusque là!

Monday 9 January 2012

Choses Que Je Déteste... (Things I Hate)

Assalamualaikum.

Hola. Tak sangka cepat dah masuk tahun baru kn? rasa mcm baru semalam je baru STPM. Heee... perasan plak... (sebenarnya takleh terima hakikat dah 25 tahun ni). (~_~)  Ye la kan. P mana je ramai panggil adik. Heeee... Mesti dah banyak azam kita yang tercapai tahun 2011 kn? Same goes to me. Alhamdulillah... Tapi tahun ni kalau boleh nak jadi terbaik dari tahun lepas. Sebenarnya gatai nak kahwin. Hahaha...slow-slow dulu. Belom cukup umo lagi ni. Masa time new year tak p mana-mana pon. Mengedik-gedik dengan my sis je. Ala, kalu mengedik pon kat Queensbay je. Lagipon paling dekat. Belakang umah je.Tak sampai 5 min dah sampai. Baru nak feeling2... 

Saja nak kecikkan pic ni. Nampak slim sket. Huahua...


Ni lak my sis yg gediks. Haha... Nampak macam kakak i kn? hahaha...perasan lg...


My mum and my gedik sis,zana.

And also our driver on that day... Taraa!

Cik Ain.
(Mmg kena sekeh la kalau dia baca ni. hahaha..)

  Panjang betol mukadimah ni. Sebenarnya bukan nak cita pasal ni ponn. Tapi nk story pasal perkara yang paling menyampah dalam hidup ku ini. Macam suspen je. Hahaha... Bukan serius pon 'benda' tu. Sebenarnya i paling nyampah nak pakai contact lense. Sebenarnya takut dan tak reti pakai jer. Pas tu dapat adik yang gila contact lense ni sedikit sebanyak mempengaruhi i jugak. Dulu kalau dia nk pakaikan contact lense kat mata i yang suci ni, "No no no... Dont u ever to think about that" kata ku kepada my sis. Hahaha... Terpikir jugak tak sakit ka tonyoh menatang tu dalam mata. Kalau ada taik mata pon jenuh nak buang ini kan pula contact lense yang besor gedabak. ohh..tidakk. Tidakk-tidak pon masa raya tahun lepas pakai jugak. Hahaha... Kunun nak mata minah saleh. Bukan Salleh Yaakob k. Dan hasilnye...ramai yang memuji. Terasa melayang-layang di udara~~  Huahua... Kembang semangkuk dibuatnya. Then i decided, nak beli sepasang. Semangat la kunun. My 1st trial, Jenama Freshkon Dezigner.


Taraa!
I pon mencuba warna Pink Solitaire. My sis beli warna Aqua Solitaire. Murah je. Beli 3 pasang RM98 je kat Penang. Macam biasa bila nk pakai my sis yang tolong. kalau nak boh sendiri, ntah kat mana yang masuk. Tapi satu hari tu, tekad membara nak pakai sendiri la lense ni. Hampir 30 min berlalu baru boleh pakai. tu pon sebelah je... Sebelah lagi ambik masa 45 min. Huh..hampeh tol. Tapi takpa, sebab akhirnya i berbangga dapat pakai mata pelesu dengan tangan sendiri. Yuhuuu! \(^o^)/


Blink. Blink. Hahaha...
Perasan minah arab la plak pas ni. Lalalala...

Jusque là!