Wednesday 5 September 2018

My Pregnancy Journey

Assalamualaikum...

Bonjour!

Kalau bab anak ni, aku agak gelojoh berbanding dengan suami aku. Sebab faktor usia. Aku kawin pun umur 29. Aku pulak kalau boleh nak 5 orang anak macam family aku. Dengan usia camni aku agak risau la kalau lambat dapat. LIMA kot. Hahaha. Sebelum kahwin aku dah consume asid folic. Asid folic ni bagus sebenarnya untuk kesuburan. Berangan nak anak kembar kot la dapat genetik suami yang ada sejarah kembar; ayah mertua dan abang ipar. Bacalah semua tips macam mana nak dapat. Tapi bukan rezeki aku la. Redho. Kahwin bulan September 2016 dan expecting bulan Disember 2016. Kira ok la ka. 

Sebelum minggu aku expecting tu aku pernah rasa pening-pening. Tapi bila check negatif and agak frustrated la jugak. Hahaha. Gila betoi aku ni. So, minggu yang aku expecting tu aku dok rasa pening-pening dan rasa nak muntah pagi-pagi. Malas la nak amik port, aku ignored je. Tapi makin melarat dekat seminggu. Aku ingat hari Sabtu tu aku check time pagi bangun tido. Dengan pening-pening. 

The result is positive. Alhamdulillah.
Terus bagi whatsapp kat suami. Aku dan suami aku ini PJJ. Perhubungan Jarak Jauh gitu. Sebulan sekali atau dua kali baru jumpa. Aku excited gila. Excited dlam pening-pening. Aku alah agak teruk sangat. Pagi tu bangun mesti muntah dan pening. Aku tak boleh bau minyak bila dipanaskan. Yang tu memang aku takleh bau langsung. Bau perfume adik aku pun takleh. Tak pi klinik lagi. P klinik pun masa p kat suami. P check up kat Perak. Jauh benorrrr check up. Hahaha. Masa ini doc cakap aku dan mengandung 4 minggu. Start mengandung ni aku tak suka make up dh. P keja pun muka toge. Masuk bulan ketiga baru p buat buku merah. Macam-macam aku kena buat. Amik darah semua la. Benda yang paling aku takut kena la hadap. Excited sangat bila mengandung. 1st trimester aku tak da selera nak makan, so berat badan agak turun. Baca la tips bagi selera makan. Orang cakap untuk kurangkan rasa mual-mual ni banyak minum air yogurt. Tapi memang betol tips tu. Tak tipu. Memang kurang rasa mual tu. Bab vitamin aku memang disiplin makan. Baik untuk pembentukan dan pembesaran baby. After 5month macam tu, aku tak amik vitamin tambahan. Aku takut skit kang baby terlebih sihat naya la aku nak beranak nanti. Huhuhuu. First time kan!

Our sweetpea...

Alhamdulillah aku tak ada masalah dengan BP ka apa ke. Berat bdn naik banyak pun sekali je. Mnum air gula pun sekali. Sekarang ni minum air gula wajib sekali minum sepanjang mengandung. Tak ada la rasa apa sangat. Minum time suam-suam tu. Minum sekali terus. Bagi aku ok je. Sedap. Hahaha. 


Masa ni baby 30 weeks. Pipi suami sangat!

Rasa seronok mengandung ni. Tak tipu. Sekarang pun dah rindu. Hahaha. 


Jusque là



No comments:

Post a Comment