Friday 13 January 2012

Le Mariage...

Assalammualaikum.

Bonjour. Selamat hari jumaat. (^_^)

Moi: Mak, Rifhan nak kahwin dah mak... Tak sangka pulak. Ingat kami-kami dulu. Hahaha...
Mak:   Hang muda lagi. Tak pa la dia nak kahwin.
Moi: Mak, Rifhan sama umoq dengan kak la.
Mak:   Laaa...bukan hang baru 20 tahun ka?
Moi: Mak! Kak dah 24 tahun la!
Mak: (Dengan muka yang penuh kejutan budaya) Laaa..hang dah 24 ka? Ingat 20 tahun. Tak sangka dah tua dah.
Moi: ...... (-.-) [Mak yang sangat prihatin. Terima kaseh mak!]
p/s: Moi = Saya

Sejak kebelakangan ni ramai sedara-sedara and kawan-kawan tanya bila nak kahwin. Maklumlah, umoq dah makin lanjut. Kalau zaman mak i ni dah ada 3 anak dah. Kadang-kadang mak pun terkejut umoq sebenar i. Walaupun kami ni tinggal serumah. Nampak sangat muka i baby face. Huahua... Back to topic. Sebenarnya memang la nak kahwin. Tifuu la kalau cakap tanak kahwin khenn. Tapi setiap orang ada target yang tersendiri yang ingin dicapai sebelum kahwin. Termasuk jugak dengan i. Kalau boleh esok, lusa nak kahwin dah. Bukan apa, seronok nak dress up cantik, dilayan bagai diraja kayangan takpun tak sabar nak bersama-sama dengan yang tersayang. Tapi i ada beberapa target yang i nak capai sebelum i rasa layak nak jadi isteri dan menantu yang baik. Here, I list down some things that i need to do or be before becoming someone's wife:

1. Mendalami ilmu agama.
Sebagai manusia biasa ni, kita tidak sempurna. Walaupun beragama tidak semestinya kita ni dah cukup ilmu agama. Mesti ada perkara yang masih perlu kita pelajari. Tambah pulak nak jadi isteri orang ni. Mesti la nak jadi isteri solehah untuk suami. Me, i nak jadi isteri, ibu dan anak solehah. Boleh ke? InsyaAllah...

2. Belajar memasak.
Sebenarnya bukan tak tahu memasak. Tapi tau masak yang basic je la. Kalau boleh nak belajar masak semua makanan. Nanti tak de la jemu makan benda yang sama. Sekali sekala nak jugak try masak western ka masakan arab ka baru la mencabar. Boleh bukak bisnes. Huahua...  (Lari topik pulak.)

3. Belajar menerima kelemahan dan belajar mengalah.
Jujur sejujurnya, saya ni susah nak mengalah. Dulu cita-cita nak jadi lawyer tapi kecundang di tengah laut. Kalau bergaduh, i kena menang jugak. Ego pon tinggi. Salah pun i nak menang jugak. Takleh mengalah langsung la. Hahaha..teruk kan? Camtu jugak kelemahan orang lain esspecially 'teman yang rapat' tu la. Dulu masa ada bf, dia penah confess sesuatu masa zaman silam dia. Automatik, i terus berpura-pura lost contact. So, i harap i dapat terima dan redho jodoh i nanti dengan seadanya.. InsyaAllah...

4. Belajar menerima individu-individu lain yang penting dalam hidup pasangan.
Maksud menerima individu-individu lain contoh macam family. Bukan kekasih gelap pasangan ye atau lebih dikenali ORANG KETIGA. Neva eva ok. Melalui pemerhatian sepanjang 24 tahun ni la, ramai yang lebih menerima pasangan sahaja. Ibubapa dan family lain tolak tepi. Kalau boleh, i tanak macam tu. I nak jadi isteri dan anak solehah. So, i nak my husband jugak jadi anak solehah. I tanak merungut or menolak bila diperlukan untuk menjaga mentua bila sakit. I nak jadi orang pertama yang tawarkan diri sendiri untuk jaga dorang bila dorang sakit. Yela la kan, anak lelaki ni tanggungjawab dengan ibu takkan pernah habis. Nanti bila kita di tempat dorang apa perasaan kita bila anak kita sendiri tanak jaga kita. Mesti maki hamun kan? Sekarang ni kalau tengok drama, bila mentua nak datang macam masalah besar nak datang kan? Macam negatif sangat dorang ni. So, i nak sentiasa positif. Lagipun bukan selama-lamanya dorang hidup kat dunia ni. Apa salahnya kita treat dorang dengan baik sementara dorang masih hidup. Tak salah kan? Harap-harap i pon jadi macam tu. Aminn..

6. Menjadi fleksibel.
Bila kahwin nanti kalau boleh i tanak la berhenti kerja. Sekarang ni semua perlukan duit. Tak tau lagi masa-masa yang akan datang. Mesti barang-barang mahal nak belanja. Lain lah kalau kahwin dengan Dato' or Tan Sri or Putera Raja. Walaupun bekerja, i tanak la abaikan family. I nak jadi fleksibel. I nak jadi pekerja yang amanah dan isteri yang baik. Macam susah ja nak buat kan? Apapun back to the only One, Allah SWT.

Harap-harap apa yang diinginkan sebelum i kahwin i dapat capai apa yang i harapkan ni. Walaupun bukan semua tu, at least setengah apa yang i listed kan td. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan apa yang kita rancang ni ye.


credit: Harian Metro


Jusque là!

No comments:

Post a Comment