Wednesday, 13 December 2017

Ma préparation de mariage. (MUA & Photographer)

Assalamualaikum...
Bonjour!

Ni yang paling aku suka! Suka! Suka sangat! And this part yang paling lama aku survey. Ye la, kita nk perfect masa wedding nanti kang. Cita pasal MUA ni. Aku ada banyak MUA yang aku suka. Aku suka FynaHere. Tapi bajet tinggi skit la. Sebab dia kena travel datang Penang, and that why la mahal skit. So, my sister suggest beberapa MUA dalam Penang ni untuk aku pilih. Mimie Aziz, Azzy Syazlieyn, Tart Thalia, Ain Sulaiman. Paling aku suka Azzy la. Mekap dia sangat cantik. Mimie pon okay. Tapi over bajet aku skit. So deal dengan Azzy, dia ckp dia dh full booked dah on the that day. Aku dah cuak wehh. Gila ka. Aku mesej semua MUA kat Penang. Termasuk MUA Bella yang femes sekarang ni. Masa tu dia x berapa femes lagi. Harga dia berpatutan tapi sayang dia dok area Alor Setar. Huhuu. Aku pun cari lagi. Tapi aku masih mengharap jgak kat Azzy ni. Bagitau adik aku, adik pun cakap la Azzy ni kwn dia. So, dia arrange dengan Azzy. Azzy said yes tapi aku kena p rumah dah. Cuma nikah pagi tu dia memang takleh mekap sebab dia full booked. Nikah lak aku terpaksa la cari orang lain. Aku cerewet skit, nak  MUA yang mekap lebih kurang macam Azzy ni. Alhamdulillah jumpa. MUA si cantik manis nama Norsyiema Eima. Orang Teluk Kumbar. Harga pon dalam bajet aku lagi.

Ni IG Azzy Syazlieyn.
Orang pon segak wehhh! Peramah gila. Sempoi ja cakap Penang.

Ohh...lupa nak cakap aku cari MUA yang guna mekap helokk. Sebab kulit aku sensitif kalau pakai sebarangan produk ni.*motip. Hahahaha


Ni MUA untuk nikah aku. Orang pun cantik angat.
Ni lak MUA untuk majlis bertandang kat Perak nu.
Dah setel bab MUA ni. Aku pening lak dengan Wedding Photographer. For me photographer sangat penting la untuk kawin ni. Nak yang gambaq cantik tapi harga yang berpatutan. Ada survey tapi harga mahal sangat. Tak mampu rasanya nak hire. Search dalam insta last-last jumpa la satu ni. Abg Zack Kodopic. Memang cantik. Masa ni Abg Zack baru-baru lagi. Tapi kualiti gambar macam pro sangat and improving. Harga ok sangat.  Yang best masa sanding Abang Zack ni ajak geng dia sekali.  Depa  ni memang gila-gila. Sedara aku semua suka dengan depa ni.





Ni la otai depa. Zack Kodopic.
Majlis bertandang hubby aku hire kawan dia. Pon cantik jugak gambar dia snap. Kami outdoor kat Kellie Castle dengan M Boutique Hotel. Memang puas hati la. Tapi aku takde gambar photog hubby aku ni. Boleh tengok ig dia Syamsul Rais.

Album wedding aku dapat cepat gak. Sebulan dua cmtu aku dah dapat. Memang helokk sangat. Puaihh hati. Memang cantik gila baq hang.

Pelamin lak aku amik dengan Mentaritimor. Kak Hos sangat baik, dan boleh dibawa berbincang. Aku nak pelamin yang simple2 je. Tapi dia buat terlajak cantik sangat. Murah la bagi area Penang ni. RM2k termasuk bunga tangan fresh flower, gubahan meja makan, karpet merah, pintu gerbang dengan 6 walkway. Ada survey butik kat Penang ni harga dalam RM3999 untuk pelamin saja.

 
Credit: unknown insta

Aku cuma bagi simple pelamin macam ni je. Sebab cantik sangat. Tak renyah sangat. Banyak dengan kain blkg tu ja. So, Kak Hos ni dah boleh nampak apa yang aku nak. Aku serah bulat2 kat Kos Hos. Dan ini hasilnya...

Ni la pelamin aku. Depan tu meja makan pengantin. Bling bling wehh.


Nanti aku cerita lak hari wedding day aku lak ye. Sekian.


Jusque là



No comments:

Post a Comment