Wednesday 5 September 2018

My Pregnancy Journey

Assalamualaikum...

Bonjour!

Kalau bab anak ni, aku agak gelojoh berbanding dengan suami aku. Sebab faktor usia. Aku kawin pun umur 29. Aku pulak kalau boleh nak 5 orang anak macam family aku. Dengan usia camni aku agak risau la kalau lambat dapat. LIMA kot. Hahaha. Sebelum kahwin aku dah consume asid folic. Asid folic ni bagus sebenarnya untuk kesuburan. Berangan nak anak kembar kot la dapat genetik suami yang ada sejarah kembar; ayah mertua dan abang ipar. Bacalah semua tips macam mana nak dapat. Tapi bukan rezeki aku la. Redho. Kahwin bulan September 2016 dan expecting bulan Disember 2016. Kira ok la ka. 

Sebelum minggu aku expecting tu aku pernah rasa pening-pening. Tapi bila check negatif and agak frustrated la jugak. Hahaha. Gila betoi aku ni. So, minggu yang aku expecting tu aku dok rasa pening-pening dan rasa nak muntah pagi-pagi. Malas la nak amik port, aku ignored je. Tapi makin melarat dekat seminggu. Aku ingat hari Sabtu tu aku check time pagi bangun tido. Dengan pening-pening. 

The result is positive. Alhamdulillah.
Terus bagi whatsapp kat suami. Aku dan suami aku ini PJJ. Perhubungan Jarak Jauh gitu. Sebulan sekali atau dua kali baru jumpa. Aku excited gila. Excited dlam pening-pening. Aku alah agak teruk sangat. Pagi tu bangun mesti muntah dan pening. Aku tak boleh bau minyak bila dipanaskan. Yang tu memang aku takleh bau langsung. Bau perfume adik aku pun takleh. Tak pi klinik lagi. P klinik pun masa p kat suami. P check up kat Perak. Jauh benorrrr check up. Hahaha. Masa ini doc cakap aku dan mengandung 4 minggu. Start mengandung ni aku tak suka make up dh. P keja pun muka toge. Masuk bulan ketiga baru p buat buku merah. Macam-macam aku kena buat. Amik darah semua la. Benda yang paling aku takut kena la hadap. Excited sangat bila mengandung. 1st trimester aku tak da selera nak makan, so berat badan agak turun. Baca la tips bagi selera makan. Orang cakap untuk kurangkan rasa mual-mual ni banyak minum air yogurt. Tapi memang betol tips tu. Tak tipu. Memang kurang rasa mual tu. Bab vitamin aku memang disiplin makan. Baik untuk pembentukan dan pembesaran baby. After 5month macam tu, aku tak amik vitamin tambahan. Aku takut skit kang baby terlebih sihat naya la aku nak beranak nanti. Huhuhuu. First time kan!

Our sweetpea...

Alhamdulillah aku tak ada masalah dengan BP ka apa ke. Berat bdn naik banyak pun sekali je. Mnum air gula pun sekali. Sekarang ni minum air gula wajib sekali minum sepanjang mengandung. Tak ada la rasa apa sangat. Minum time suam-suam tu. Minum sekali terus. Bagi aku ok je. Sedap. Hahaha. 


Masa ni baby 30 weeks. Pipi suami sangat!

Rasa seronok mengandung ni. Tak tipu. Sekarang pun dah rindu. Hahaha. 


Jusque là



Monday 3 September 2018

Le Jour de Mon Mariage (Partie 3)

Assalamualaikum...

Bonjour!


Adehh...busy sungguh aku ni. Hahaha. Baru nak masuk majlis bertandang di Perak. Pheww. Aku busy dengan event istiadat kebesaran bintang dan pingat kehormatan negeri. Pastu sambung pulak persidangan dewan undangan negeri pulau pinang. Dan lepas tu pulak tukar jabatan pulak. Banyak benda yang jadi dalam hidup aku. Tapi aku bersyukur sangat-sangat. Ok, balik ke topik majlis tandang di Perak. Majlis 10 September 2016. So, aku decided nak check in je hotel kat Ipoh. Aku booked hotel Mboutique untuk 2 malam. Cadang nak bermalam kat sini lepas majlis tu. Maklumlah family suami ramai. (Alasan!) Haha. Semalam RM120. Bilik dia memang bapakkk lawa. Ala-ala vintage giteww. Bilik lak besaq! Puaih hati.







Helloookkkk khenn? Ni kat lobby kot.

Baju untuk majlis ni aku serah 100% kat suami nak decided camna. Suami nak pakai songket. So, aku on je la. Banyak butik pengantin kat Ipoh ni. Harga pun boleh tahan. Murah sangat. Cari punya cari, survey punya survey aku jumpa butik pengantin ni kat Station 18, Ipoh. Butik Mya Irdina. Baju cantik2 jugak. Zaman tu la. Zaman sekarang lagi lawa-lawa. Suami nak sewa baju sahaja. Sebab kat sana tak ada pelamin bagai. Ada photo booth je. Baju murah la jgak. Sewa RM350 je. Siap semua aksesori semua. Cuma kasut je tak ada sekali. Pilih punya pilih suami suka wana grey. Lupa nak cakap kena bagi RM100. Lepas return semua baju dan aksesori, baru dapat balik duit tu. 

Baju pilihan hubby.

Majlis tandang ni ramai jugak la sedara-sedara yang join. Kawan aku pun join gak. Kak yus dan Kak Yati tak mai majlis aku, so xmau rasa bersalah depa mai la majlis tandang kat Perak ni. (Padan muka). Dan Mus pun mai satu family jugak. Tak pasal-pasal dia kena jadi pengapit lak. Hahaha. Ketibaan pengantin lepas Zohor. 

Makeup untuk majlis ni, aku hired MUA Kiena. Makeup dia pun boleh tahan la. Berpatutan jugak la. RM250. Dia datang mekap kat hotel. Tapi agak tidak selesa la. Sebab tak ada kerusi yang selesa. Aku punya tahan sakit pinggang taktau nak habaq la. Hahaha. Overall, mekap cun. Aku puas hati.





Kebetulan photographer yang suami aku hired pun sampai kat hotel. So, sebelum bertolak kami shoot kat hotel yang cantik ni. Photographer yang suami aku hired ni kawan dia. Cantik jugak la gambar dia. SyamsulRais. Ni semua gambar dia amik la. Lawa kan?

Makanan pulak family suami yang gotong royong. Dia kan anak bongsu. Kakak-kakak dia pun baya2 mak aku. Kebetulan depa ni pandai masak. Masak lauk-lauk kampung memang awesome gila! So, jimat la duit dia.

Sebelah suami memang buat simple je. Lelaki kan. Aku ni ye laaa. Princess bagai nokk. Hahaha. Kami outdoor kat Kellie Castle. Yang ni memang aku request. Kebetulan ramai pula pengantin outdoor kat situ.

Di lobby hotel. Cun?





Ni anak murid aku, Amani. Dia panggil cikgu kat aku. Hahaha


Mak dengan kak ipaq.

Sedara aku


My beautiful sisters.

Ni kakak & anak menakan suami aku

Mak mertua yang sporting.

Ni family suami

Ni geng rockband suami aku. 







Akhirnyaaa!! Abis jugak topik kawen aku ni. Phewww. Lega truih. Hahaha. 

Jusque là



Sunday 27 May 2018

Le Jour de Mon Mariage (Partie 2)



Assalamualaikum...
Bonjour!
Mokkkk! Gila amik masa berbulan-bulan nak share cerita pasal majlis persandingan. Bajet retis. Phuih!
*rolling eyes.  Hahaha. Mak bizi nokk. Dengan keja lagi, mai anak lagi, mak tak mampu. Huhuuu. Okay kita thrown back balik majlis sanding aku ni. Majlis sanding aku sebelah malam. Pagi akad nikah sanding malam. Amaran keras!! JANGAN IKOT MACAM AKU! Big NOOO for those yang nak ikut macam aku ni. Unless ampa ni anak-anak kerabat keturunan raja mana-mana. Hat rakyat marhaen macam aku ni jangan la. Tak recommended! Salah satu sebabnya penat sesangat. Sumpah penat. Nak p outdoor photoshot pun rasa nak mati. Huhuhuhu. Letih yakmat! Sebab hang dah bangun awal seawal pukul 5 pagi. Dan hang takkan berehat sebab nak make sure untuk majlis kita berjalan lancar. Tapi taktau la kalau ampa boleh ja rileks lena lepas akad nikah tunggu sanding malam tu. Aku memang tak boleh. Aku turun padang p dewan tolong sedara aku setup meja semua. Aku kesian pengapit2 aku letih melayan aku. Aku bagi can depa tidur sat. Pukul 5 dah siap nak p mekap. So, Mus dengan Naema la yang bawak aku p mekap kt Azzy. Sib bek la umah dia dekat ja dengan umah aku. Masa dok mekap, aku teringat yang aku terlupa bawak shawl!!! Makkkk. Sepantas kilat Mus dan Naema p amik kat umah aku. Ya Allah, terima kasih kawan. Terima kasih sebab sabaq dengan aku. 😗 Dan hasil mekap semua abis dalam pukul 7 jugak la sebab siap pakaikan baju princess aku dengan shawl semua. Habis tu terus gerak amik suami kat homestay. 


Nampak macam Lady Diana takk?! Hahaha


Deco by Mentaritimor.

Goodies

Deco by Mentaritimor

Pukul 8 malam baru sampai.

My family. Nana, Zana, Mak, SIL, Kak Ani dan Cien.

My Family. Kech, Abg Wan, Alya. Adam, Ayah, Ayeh.
 
Family Baru Saya. Meriah. 9 Beradik kan. Hahaha

My Family.

Antara opismate yang datang.

 



Sumpah serius penat. Kalau aku tau penat camni, memang takkan pandai2 arrange masa sehari. Buat 2 hari pun tak. Tapi okay la. Pengalaman untuk diri sendiri. In future kot la nak arrange untuk adik kahwin lak, at least pengalaman ni mengajar aku. Wedding abis dalam pukul 11 mlm. Aku balik pun tidoq mati. Tak sedaq diri dah. Hahaha. Even sampai pukul 1 pun mekap tu elok je. Tak jejas apa. Rasa sayang lak nk basuh muka. Hihihi. Alhamdulilah semua enjoy dan gembira di hari gembira aku. Dan aku pun happy sangat. Puaih hati urus majlis kahwin sendiri dari A-Z. Makanan pun dapat review yang baik2. Murah dan sedap lak tu. Venue pun sama. Alhamdulillah. Nanti masuk bab bertandang di Perak lak ye. Sekian.

Jusque là



Tuesday 26 December 2017

Le Jour de Mon Mariage

Assalamualaikum...
Bonjour!
Finally!! Akhirnya aku boleh cerita majlis perkahwinan aku. Pheww. Gila btoi la. Haha. Majlis aku dalam masa sehari. Pagi akad nikah, malam sanding. Ingat nak penat sekali je. Kononnya. Tanggal 3 September 2016 hari Sabtu bersamaan 1 Zulhijjah 1437H. Akad nikah sepatutnya pukul 11am cmtu. Tapi tok kadi tak boleh lak. Sebab dia ada 5 pengantin nk kawen hari tu. Dia minta aku akad nikah pukul 8am. Maigad. Awai sangat tokk. Deal punya deal akad nikah pukul 9am. Boleh la. Deal dengan MUA eiyma dalam pukul 7am sampai. Majlis berinai malam tu pun aku tido lewat. Yang teman aku Mus dan Naemah. Depa la yang bersusah payah tolong aku masa hari kenduri ni. Terima kasih sangat ampa. Sabaq dengan perangai aku yang macam apa ntah. Dengan tak makan apa pun.  Terima kasih sangat. 

Ni la hasil mekap nikah aku.

Muka neves nak shake hand tok kadi. Haha

Get ready

Aku dok merenyeh kat belakang

Awat hang, zana? Urut dada bagai?

2X lafaz okeh. Sebab deni salah sebut nama aku! Maigad.

Solat sunat dulu.






Com tangan aku. Hahaha




Jyeahhh...selesai bab pertama.

Overall ok sangat. Setel nikah dalam pukul 1 petang camtu. Hantaq Mus n Naemah balik umah. Bagi depa rehat dulu. Kesian sangat dengan depa waktu ni. Memang aku bz nak mati. Sampai abaikan kawan-kawan aku ni. Lepas hantaq depa balik rehat kt umah aku, aku truih p dewan tengok set up kerusi meja. Pelamin tak mai lagi masa ni. Bincang dengan brother in-law pasal sound sistem. Sebab kat dewan ni tadak sound sistem. BIL aku lak soundmaker, so dia cari solution kat aku. Last2 kami guna radio adik. Asalkan ada lagu sudah la. Dengaq lagu sikit2 pon jadi la. Sebab radio adik aku ni kecik ja.  Expectation aku masa mula-mula la. Sekali mai, nindia lagu macam pasang sound sistem. Punya kuat sound radio tu kot. Lagu lak guna Spotify. BIL aku ni memang memahami lagu yang aku mau. Aku habaq awai aku takmau lagu jiwang nak mati bagai tu. Orang kawen lagu kena lagu bahagia. Bukan lagu boipren  gepren nak mati weh. Acara karaoke tak dibenarkan masa majlis aku.  Kejam takk? Hahahahaha

Lastly, aku advice la sesapa ada hati nak akad nikah and sanding dalam masa sehari just forget it! Unless ampa ni orang hav-hav atau sewaktu dengannya, boleh la buat. If semua persiapan diuruskan sendiri better jangan buat. penat tu jangan cakap la. Hanya Allah saja yang tau betapa letihnya aku haritu. Walaupun mekap tebai2 still boleh nampak muka tired kita tu. Aku tak buat outdoor wedding shoot sebab dah lewat malam dan terlalu penat. My suggestion buat la akad nikah hari len, sanding hari len. Takde la penat sangat. Kita lebih enjoy dengan majlis kita. Ini pendapat aku je la yang berpengalaman menguruskan majlis perkahwinan aku sendiri. If orang hav-hav boleh la. Sebab boleh je hired wedding planner. Oklahhh.

 Next entry aku pasal Majlis Sanding lak. Kbaiii!

Jusque là