Assalamualaikum...
Bonjour!
Entry kali ni nak cerita pasal baju kawin. Bab ni yang paling excited sangat. Dari setahun sebelum dah start survey baju kahwin. Sebelum tu, awal-awal dah lantik my bestfriend untuk jadi pengapit. Bukan saja pengapit, dia la wedding planner, dia jugak driver, pembantu dalam semua hal kawin. Which mean she should always be ready when i need her. (Without gaji. Hahaha.) Meet Musfirah Mustafa.
Musfirah Mustafa. Single. Hahaha |
Pentingnya dia masa wedding preparation ni sebab dia juga yang survey butik baju pengantin yang best2. Nak hire wedding planner tak mampu. So, cari kawan yang sama excited plan majlis kawin. Yang boleh share buah fikiran dan pendapat. Dan pencarian dibuat dalam facebook, internet dan instagram. Lepas dah jumpa yang berkenan barulah pegi butik terus. Dengar cita di Sungai Petani dengan area Parit Buntar banyak baju yang berpatutan. Dalam Penang pun ada cari gak. Tapi harga tak mampu sangat. Baju semua cantik, tapi harga je yang jadi masalah. Sebab bajet tak mencukupi. Kalau amik pakej lengkap mostly RM5999. Pelamin dewan saja pun RM4999. Bila disurvey macam banyak lagi boleh jimat kalau amik separately.
Sebelum ni, ada survey kat Butik Bangsan dengan Butik Jalinan Kasih. Ok tapi harga je tak mampu. Tapi standard la harga di Penang. Ikutkan nak lagi cari yang lagi murah dengan baju yang diimpikan. Gituu. Ada tengok dalam fb butik pengantin ni macam ikut ciri-ciri baju impian la. Butik kat Sungai Petani. Sekarang dah femes dah butik ni.
Butik Eszz Ibrahim
Why i choose this boutique because its really fulfill my "Lady Diana" dream wedding dress. Semua baju kat sini banyak baju ballgown warna-warna pastel. Masa mula jejak kaki kat sini nak berdarah hidung gak. Sebab semua cantik-cantik! Sumpah cantik. Tapi bila pikirkan harga sewa baju sahaja RM1.5k - RM2K, rasa macam tak mampu. Yelah, banyak lagi boleh buat dengan duit tu. Aku lebih suka menghabiskan duit kat makanan untuk tetamu. Doa dari tetamu tu kan lebih penting. So, balik dengan hampa. Tapi sebelum tu ada jugak survey dengan butik lain di sekitar Sungai Petani. Tapi tak cantik macam Eszz Ibrahim. Butik ni tak amik kira badan ye. So, if u big size like me, no need to worry about that. Whether u small or big. Eszz Ibrahim had a wedding dress can suit u perfectly. Bercakap dari pengalaman la. Sebelum ni ada yang condemn orang badan besar tak elok pakai gown bla bla bla. Tapi kat sini ampa jangan risau, depa layan baik punya tak kesah la badan tu besaq mana nak pakai baju apa. Haaaa...kuaq dah bahasa Penang ni. Hahaha. So, mungkin rezki tetiba Eszz Ibrahim ada buat promotion untuk baju. Seawal pkul 10 dah menapak p Sungai Petani dengan Musfirah ni. Harga promotion waktu tu RM500- RM1000 je. Suami aku masa tu tanak sewa suit & tie. Katanya rugi. Dia nak beli sendiri. Tapi memang jimat pun. Suit yang dia beli RM200 je. So, aku sewa baju aku je la. Promotion ni untuk baju sedia ada sahaja. Baju baru harga lain. Baju gown sedia ada yang fit dengan aku ada 3 je. Tapi tiga2 ni cantik.
Design 2 |
Design 3 |
Lepas bincang dengan Manja (Pembantu Eszz Ibrahim) dia suggest amik baju Design 1. Sebab baju ni masih baru lagi. Design 2 lak baju dah lama sikit. Dan design 3, aku tak minat dengan warna tu. Takdak ciri Lady Diana di situuu. Hahaha. So, aku try terus Design 1 tu. Siap pakai payung besi dalam kain tu. Hahaha. Kembang wehhh.
Taraaaa...muka ditapis. Sebab selekeh sangat. Hahaha |
Cantik kan?? So, terus decided amik design ni. Bayar booking fee RM200. Harga baju ballgown untuk promosi ni RM1k. Tapi aku cakap nak amik baju perempuan sahaja so, RM600 je. Dapat shawl, crown, veil, kain payung besi dan kasut tidak termasuk ye. Kasut kena beli sendiri. So dapat freegift dulang seramik besar. Hihi. Bagi aku, harga masih dibawah mampu milik lagi.
Owhhh...untuk baju akad nikah, aku tempah dengan Eja Shahril. Aku nak baju princess dress simple warna mint green. Dapat shawl besar. Memang puas hati sangat.
Selepas tu aku ada tambah lace di tangan dan di bawah penjuru kain skit. |
Baju lelaki lak beli dekat Jakel je. Label Aaron Aziz. Ok la. Pakai 2 kali dah koyak sana sini. Huhuuu.
Baju Resepsi Sebelah Perak lak aku dan suami tak memilih sangat. Yelah dah vogue2 belah aku, belah sana aku ikot je laki aku nak pakai apa. Tapi we all decided nak pakai songket. Sebab time ni tengah trending pakai songket. Lagipun suami awal2 dah cakap dia nak jadi Hang Tuah. Overrr. Kat Perak aku takdak masalah nak cari butik. Mostly butik kat sana harga murah sangat dan bersepah-sepah butik pengantin kat sana. So, banyak pilihan yang ada. Cari punya cari jumpa la satu butik ni. Quite ok jgak. Owner pon baik sangat. Butik Mya Irdina. Sewa baju je. Sebab suami tanak pelamin bagai. Baju kami sewa RM350. Dapat baju sepasang, tengkolok, keris, crown, veil, bunga tangan, rantai leher, banyak la. Kira berbaloi la sewa kat sini. Lepas pilih baju, kami decided this one...
Songket kaler kelabu. Nampak rare sangat. |
Macam panjang lebar lak kali ni punya entry. Ni pon dah cut banyak. Kalau tak sampai besok x habis menaip lagi ni. Hihi. Ok la. Sekian saja.
Jusque là
No comments:
Post a Comment