Monday, 3 September 2018

Le Jour de Mon Mariage (Partie 3)

Assalamualaikum...

Bonjour!


Adehh...busy sungguh aku ni. Hahaha. Baru nak masuk majlis bertandang di Perak. Pheww. Aku busy dengan event istiadat kebesaran bintang dan pingat kehormatan negeri. Pastu sambung pulak persidangan dewan undangan negeri pulau pinang. Dan lepas tu pulak tukar jabatan pulak. Banyak benda yang jadi dalam hidup aku. Tapi aku bersyukur sangat-sangat. Ok, balik ke topik majlis tandang di Perak. Majlis 10 September 2016. So, aku decided nak check in je hotel kat Ipoh. Aku booked hotel Mboutique untuk 2 malam. Cadang nak bermalam kat sini lepas majlis tu. Maklumlah family suami ramai. (Alasan!) Haha. Semalam RM120. Bilik dia memang bapakkk lawa. Ala-ala vintage giteww. Bilik lak besaq! Puaih hati.







Helloookkkk khenn? Ni kat lobby kot.

Baju untuk majlis ni aku serah 100% kat suami nak decided camna. Suami nak pakai songket. So, aku on je la. Banyak butik pengantin kat Ipoh ni. Harga pun boleh tahan. Murah sangat. Cari punya cari, survey punya survey aku jumpa butik pengantin ni kat Station 18, Ipoh. Butik Mya Irdina. Baju cantik2 jugak. Zaman tu la. Zaman sekarang lagi lawa-lawa. Suami nak sewa baju sahaja. Sebab kat sana tak ada pelamin bagai. Ada photo booth je. Baju murah la jgak. Sewa RM350 je. Siap semua aksesori semua. Cuma kasut je tak ada sekali. Pilih punya pilih suami suka wana grey. Lupa nak cakap kena bagi RM100. Lepas return semua baju dan aksesori, baru dapat balik duit tu. 

Baju pilihan hubby.

Majlis tandang ni ramai jugak la sedara-sedara yang join. Kawan aku pun join gak. Kak yus dan Kak Yati tak mai majlis aku, so xmau rasa bersalah depa mai la majlis tandang kat Perak ni. (Padan muka). Dan Mus pun mai satu family jugak. Tak pasal-pasal dia kena jadi pengapit lak. Hahaha. Ketibaan pengantin lepas Zohor. 

Makeup untuk majlis ni, aku hired MUA Kiena. Makeup dia pun boleh tahan la. Berpatutan jugak la. RM250. Dia datang mekap kat hotel. Tapi agak tidak selesa la. Sebab tak ada kerusi yang selesa. Aku punya tahan sakit pinggang taktau nak habaq la. Hahaha. Overall, mekap cun. Aku puas hati.





Kebetulan photographer yang suami aku hired pun sampai kat hotel. So, sebelum bertolak kami shoot kat hotel yang cantik ni. Photographer yang suami aku hired ni kawan dia. Cantik jugak la gambar dia. SyamsulRais. Ni semua gambar dia amik la. Lawa kan?

Makanan pulak family suami yang gotong royong. Dia kan anak bongsu. Kakak-kakak dia pun baya2 mak aku. Kebetulan depa ni pandai masak. Masak lauk-lauk kampung memang awesome gila! So, jimat la duit dia.

Sebelah suami memang buat simple je. Lelaki kan. Aku ni ye laaa. Princess bagai nokk. Hahaha. Kami outdoor kat Kellie Castle. Yang ni memang aku request. Kebetulan ramai pula pengantin outdoor kat situ.

Di lobby hotel. Cun?





Ni anak murid aku, Amani. Dia panggil cikgu kat aku. Hahaha


Mak dengan kak ipaq.

Sedara aku


My beautiful sisters.

Ni kakak & anak menakan suami aku

Mak mertua yang sporting.

Ni family suami

Ni geng rockband suami aku. 







Akhirnyaaa!! Abis jugak topik kawen aku ni. Phewww. Lega truih. Hahaha. 

Jusque là



No comments:

Post a Comment