Wednesday 15 March 2017

Ma préparation de mariage. (robe de mariée)

Assalamualaikum...
Bonjour!

Entry kali ni nak cerita pasal baju kawin. Bab ni yang paling excited sangat. Dari setahun sebelum dah start survey baju kahwin. Sebelum tu, awal-awal dah lantik my bestfriend untuk jadi pengapit. Bukan saja pengapit, dia la wedding planner, dia jugak driver, pembantu dalam semua hal kawin. Which mean she should always be ready when i need her. (Without gaji. Hahaha.) Meet Musfirah Mustafa. 

Musfirah Mustafa. Single. Hahaha



Pentingnya dia masa wedding preparation ni sebab dia juga yang survey butik baju pengantin yang best2. Nak hire wedding planner tak mampu. So, cari kawan yang sama excited plan majlis kawin. Yang boleh share buah fikiran dan pendapat. Dan pencarian dibuat dalam facebook, internet dan instagram. Lepas dah jumpa yang berkenan barulah pegi butik terus. Dengar cita di Sungai Petani dengan area Parit Buntar banyak baju yang berpatutan. Dalam Penang pun ada cari gak. Tapi harga tak mampu sangat. Baju semua cantik, tapi harga je yang jadi masalah. Sebab bajet tak mencukupi. Kalau amik pakej lengkap mostly RM5999. Pelamin dewan saja pun RM4999. Bila disurvey macam banyak lagi boleh jimat kalau amik separately.

Sebelum ni, ada survey kat Butik Bangsan dengan Butik Jalinan Kasih. Ok tapi harga je tak mampu. Tapi standard la harga di Penang. Ikutkan nak lagi cari yang lagi murah dengan baju yang diimpikan. Gituu. Ada tengok dalam fb butik pengantin ni macam ikut ciri-ciri baju impian la. Butik kat Sungai Petani. Sekarang dah femes dah butik ni.

Butik Eszz Ibrahim

Why i choose this boutique because its really fulfill my "Lady Diana" dream wedding dress. Semua baju kat sini banyak baju ballgown warna-warna pastel. Masa mula jejak kaki kat sini nak berdarah hidung gak. Sebab semua cantik-cantik! Sumpah cantik. Tapi bila pikirkan harga sewa baju sahaja RM1.5k - RM2K, rasa macam tak mampu. Yelah, banyak lagi boleh buat dengan duit tu. Aku lebih suka menghabiskan duit kat makanan untuk tetamu. Doa dari tetamu tu kan lebih penting. So, balik dengan hampa. Tapi sebelum tu ada jugak survey dengan butik lain di sekitar Sungai Petani. Tapi tak cantik macam Eszz Ibrahim. Butik ni tak amik kira badan ye. So, if u big size like me, no need to worry about that. Whether u small or big. Eszz Ibrahim had a wedding dress can suit u perfectly. Bercakap dari pengalaman la. Sebelum ni ada yang condemn orang badan besar tak elok pakai gown bla bla bla. Tapi kat sini ampa jangan risau, depa layan baik punya tak kesah la badan tu besaq mana nak pakai baju apa. Haaaa...kuaq dah bahasa Penang ni. Hahaha. So, mungkin rezki tetiba Eszz Ibrahim ada buat promotion untuk baju. Seawal pkul 10 dah menapak p Sungai Petani dengan Musfirah ni. Harga promotion waktu tu RM500- RM1000 je. Suami aku masa tu tanak sewa suit & tie. Katanya rugi. Dia nak beli sendiri. Tapi memang jimat pun. Suit yang dia beli RM200 je. So, aku sewa baju aku je la. Promotion ni untuk baju sedia ada sahaja. Baju baru harga lain. Baju gown sedia ada yang fit dengan aku  ada 3 je. Tapi tiga2 ni cantik.



Design 2

Design 3


Lepas bincang dengan Manja (Pembantu Eszz Ibrahim) dia suggest amik baju Design 1. Sebab baju ni masih baru lagi. Design 2 lak baju dah lama sikit. Dan design 3, aku tak minat dengan warna tu. Takdak ciri Lady Diana di situuu. Hahaha. So, aku try terus Design 1 tu. Siap pakai payung besi dalam kain tu. Hahaha. Kembang wehhh.


Taraaaa...muka ditapis. Sebab selekeh sangat. Hahaha

Cantik kan?? So, terus decided amik design ni. Bayar booking fee RM200. Harga baju ballgown untuk promosi ni RM1k. Tapi aku cakap nak amik baju perempuan sahaja so, RM600 je. Dapat shawl, crown, veil, kain payung besi dan kasut tidak termasuk ye. Kasut kena beli sendiri. So dapat freegift dulang seramik besar. Hihi. Bagi aku, harga masih dibawah mampu milik lagi.

Owhhh...untuk baju akad nikah, aku tempah dengan Eja Shahril. Aku nak baju princess dress simple warna mint green. Dapat shawl besar. Memang puas hati sangat.



Selepas tu aku ada tambah lace di tangan dan di bawah penjuru kain skit.

Baju lelaki lak beli dekat Jakel je. Label Aaron Aziz. Ok la. Pakai 2 kali dah koyak sana sini. Huhuuu.




Baju Resepsi Sebelah Perak lak aku dan suami tak memilih sangat. Yelah dah vogue2 belah aku, belah sana aku ikot je laki aku nak pakai apa. Tapi we all decided nak pakai songket. Sebab time ni tengah trending pakai songket. Lagipun suami awal2 dah cakap dia nak jadi Hang Tuah. Overrr. Kat Perak aku takdak masalah nak cari butik. Mostly butik kat sana harga murah sangat dan bersepah-sepah butik pengantin kat sana. So, banyak pilihan yang ada. Cari punya cari jumpa la satu butik ni. Quite ok jgak. Owner pon baik sangat. Butik Mya Irdina. Sewa baju je. Sebab suami tanak pelamin bagai. Baju kami sewa RM350. Dapat baju sepasang, tengkolok, keris, crown, veil, bunga tangan, rantai leher, banyak la. Kira berbaloi la sewa kat sini. Lepas pilih baju,  kami decided this one... 


Songket kaler kelabu. Nampak rare sangat.



 Macam panjang lebar lak kali ni punya entry. Ni pon dah cut banyak. Kalau tak sampai besok x habis menaip lagi ni. Hihi. Ok la. Sekian saja. 





Jusque là




Monday 6 March 2017

Ma préparation de mariage. (Partie 1)

Assalamualaikum...
Bonjour!
 
 
Tertiba rajin lak nak update blog. Rasa macam dah basi sangat nak cerita pasai perkahwinan aku. Padahal baru je beberapa bulan berlalu. Hahahaha. Selepas majlis pertunangan 31 Mei 2015, plan nak ikat setahun je la. Tapi bila dikaji dan diselidiki tarikh di bulan Mei 2016, rasa macam dekat sangat dengan bulan Ramadhan. Lagipun Pakcik aku awai2 dah pesan kalau boleh elakkan buat majlis dekat dengan bulan Ramadhan. Aku pun setuju jugak. Sebab bagi aku, ni kali terakhir aku berpuasa sebagai single. Aku nak fokus amal ibadat aku dalam bulan puasa sebelum bersedia menjadi seorang isteri. Untuk aku memperbaiki dan bermuhasabah diri sebelum memikul tanggungjawab lebih berat ni. Ecehhh. 

Selepas berbincang dengan kedua-dua belah pihak, semua setuju untuk buat majlis akad nikad dan resepsi pada 3 September 2016. Dan bagi majlis resepsi sebelah lelaki pulak, 10 September 2016. Aku mengimpikan majlis di sebelah malam. Gitewww. Rasa macam orang dolu-dolu kahwin. So, akad nikah sebelah pagi dan sebelah malam pulak majlis resepsi. Tema, haruslah PRINCESS. Diulang, PRINCESS. Hahaha. Kertu2 pon nak princess bagai haihhh. Mampoih. Aku sebenarnya berangan nak jadi Lady Diana masa dia kahwin dengan Prince Charles. Eheeeeee. 
 
  Dewan Resepsi

Pilihan pertama, Dewan Balai Rakyat Patani Road, George Town. Dewan ni sangat la berpatutan sebab diuruskan oleh MBPP. Parking luas. Dewan yang sangat besar. Tapi malangnya setahun sebelum dah fully booked. Huhu. Whyyyy??? So, dinasihatkan sesapa nak book dewan ni, book la awai2. Kalau setahun lagi nak kahwin, book la awai2. Murah je. Under RM1k.

 
Pilihan kedua, Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama, George Town. Dewan ni besar. Ada air-con. Harga berpatutan RM1.5k. Ada sound system semua. Kerusi, meja, sarung meja, semua la ada. Tapi ada ura-ura cakap kalau nak book dewan ni kena beratur seawal jam 6 pagi wehhh. Nak book pon kena tunggu 6 bulan sebelum. Kalau nak book awal tidak akan dilayan. Dan selalu full booked! Huhhh. Serrr. Sebenarnya aku confident akan dapat buat majlis resepsi kat dewan ni. Tapi malang lagi hidup aku. Huahua. Masa nak book dewan ni, bukan mai beratur pukul 6 pagi, pukul 5 pagi pon ada orang mai dah. Huhu. Beratoq panjang2 last2, tarikh aku mau tu katanya dah ada tempahan dari Kerajaan Negeri. Keadaan agak kecoh waktu tu. Sebab ramai yang beratoq tu tak puas hati sebab x dimaklumkan awal. Aku malas nak serabot, aku pon berlalu dengan hampa dan panik. Haha. Gilaaa wehh majlis lagi 6 bulan dewan takde.

So, pilihan lain yang ada:

1. Dewan Marin, Batu Uban, Pulau Pinang.
-Dewan besar. Fully air-con. Tepi laut. Harga tak pasti. TAPI bukan untuk semua. Hanya untuk staf dan anak anggota Marin. (So, melepas laaa)

2. Dewan Tapak Pesta Sungai Nibong, Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang. 
- Dewan kat sini ada dua. Satu dewan terbuka dan tertutup. Tertutup lebih mahal skit. Sebab dewan besar dan luas. Ada stage. Aircon kuat. Harga tak silap start RM2k. Untuk dewan tertutup lak, murah sikit. RM1k-1.5k tak silap la. Dewan ni terbuka. Free air gitew. Penah attend satu majlis kawen kawan kt situ, memang speechless tengok. Sebab dewan yang biasa2 di decorate jadi luar biasa. Nampak lebih mahal dari dewan tertutup tu. Harga tak termasuk kerusi meja. (Fully booked!)

3. Dewan SEAMEO RECSAM, Gelugor.
- Dewan yang besar. Parking pun luas. Air-con. Tak banyak info sangat sebab bila call operator dia cakap fully booked jugak! Damn.

 
Rasa nak nangis masa ni. Panik campoq cempera jingga bak kata orang Penang. Hahaha. Call kawan2 tanya semua dewan, semua full booked. Huhuhuhu. Tetiba ada la kawan suggest suh book dewan rumah orang tua2. Dalam hati, takkan la kat situ. Dengan pasrah pegi je la dewan tu. But suprising! Macam dewan yang diidam2kan. Besar gilerrrr, Parking luas, Ada stage. Macam Dewan Patani Road tu. Tempat untuk katering prepare makan pun disediakan. Harga pon not bad la. Total semua RM1.5k termasuk kerusi meja, sarung meja. Boleh muat 1000 orang. Sesuai la dengan jemputan 800 orang. Sambil tu kita beramal jgak. Sambil membantu rumah orang tua2 tu jgak kan.


So, venue yang dipilih:



Dewan Silver Jubilee Sungai Dua, Pulau Pinang.

Alamak, takdak gambar lak. Huahuahua. Dah google tapi tak jumpa lak. Venue ni betol2 dekat Tapak Pesta, Sungai Nibong dengan Stesen Bas Sungai Nibong. Nanti sambung plak ye untuk baju akad nikah dan baju resepsi pulak ye.


 
Jusque là



 

Ma fête d'engagement

Assalamualaikum...
Bonjour!
Pheww... Akhirnya ada jugak entry pasai persiapan perkahwinan aku. Ingatkan tak kahwin sampai ke tua aku ni. Hahaha. Ada jugak yang nak kat makcik-makcik macam aku ni. Bulan November 2014 kenal dengan dia. Tak minat sangat mamat ni sebab dia muda setahun. Bajet adik-adik la ken. Bukan mudah nak buat keputusan ni. Disebabkan hati ni agak ragu-ragu dan was-was, aku buat solat istiqarah. Alhamdulillah... Allah mudahkan jalan kami. Mak Ayah punya la happy bila aku minta persetujuan depa. Overr. Haha. So we decided on 31st May 2015, we getting engaged.

Untuk majlis pertunangan aku minta untuk buat simple2. Takde pelamin, baju cantik, mekap sendiri. Cincin pun minta cincin belah rotan yang paling simple je. Sebab taknak dia membazir untuk majlis yang tak wajib ni. Memula tak nak hantaran. Sebab bagi aku ni sekadar bagi tanda je. So tak perlu nak over2 hantaran bagai. On my side, aku bagi buah dengan kek je. Side dia aku mintak bagi macam aku jgak. Tapi dia ada bagi extra hantaran la skit. Hehe. 

Majlis berlangsung di rumah Pakcik aku. Sebab rumah aku kecik cinonet. Tak leh muat ramai orang sangat. Dia lak family besaq. 9 beradik wehhh. Semua dah kahwin dan beranak pinak. Bayangkan berapa ramai? *pengsan. Majlis tunang aku kecik je. Hanya saudara terdekat je yang aku panggil. Kawan2 pon aku x jemput. Haha. Esok baru bagitau yang aku dah tunang. Bajet retis. Hahahaha.



Terasa sado lakk aku waktu ni.

Family dia
Bapak aku & bapak dia


Mak aku & mak dia. 




Sekian, cerita majlis pertunangan. Nanti sambung cerita kahwin lak. *semput. Hahahaha.

Jusque là