Ma fête d'engagement

21:39

Assalamualaikum...
Bonjour!
Pheww... Akhirnya ada jugak entry pasai persiapan perkahwinan aku. Ingatkan tak kahwin sampai ke tua aku ni. Hahaha. Ada jugak yang nak kat makcik-makcik macam aku ni. Bulan November 2014 kenal dengan dia. Tak minat sangat mamat ni sebab dia muda setahun. Bajet adik-adik la ken. Bukan mudah nak buat keputusan ni. Disebabkan hati ni agak ragu-ragu dan was-was, aku buat solat istiqarah. Alhamdulillah... Allah mudahkan jalan kami. Mak Ayah punya la happy bila aku minta persetujuan depa. Overr. Haha. So we decided on 31st May 2015, we getting engaged.

Untuk majlis pertunangan aku minta untuk buat simple2. Takde pelamin, baju cantik, mekap sendiri. Cincin pun minta cincin belah rotan yang paling simple je. Sebab taknak dia membazir untuk majlis yang tak wajib ni. Memula tak nak hantaran. Sebab bagi aku ni sekadar bagi tanda je. So tak perlu nak over2 hantaran bagai. On my side, aku bagi buah dengan kek je. Side dia aku mintak bagi macam aku jgak. Tapi dia ada bagi extra hantaran la skit. Hehe. 

Majlis berlangsung di rumah Pakcik aku. Sebab rumah aku kecik cinonet. Tak leh muat ramai orang sangat. Dia lak family besaq. 9 beradik wehhh. Semua dah kahwin dan beranak pinak. Bayangkan berapa ramai? *pengsan. Majlis tunang aku kecik je. Hanya saudara terdekat je yang aku panggil. Kawan2 pon aku x jemput. Haha. Esok baru bagitau yang aku dah tunang. Bajet retis. Hahahaha.



Terasa sado lakk aku waktu ni.

Family dia
Bapak aku & bapak dia


Mak aku & mak dia. 




Sekian, cerita majlis pertunangan. Nanti sambung cerita kahwin lak. *semput. Hahahaha.

Jusque là

You Might Also Like

0 comments

My Instagram